Friday 6 December 2013

Masak lemak cili api ikan jenahak

Nampakk macam sedapp kann ? patottlahh dia sukaa sangatt . Bila hulur ikan keli kaa , telur sotong ka telur ikan ka , terus takmaww sebab tak kena dengan tekak , gedikk ehh * HAHA sory terkutuk sikit .

Bila aku google2 , tengok2 resipi diaa tersangat lahh mudahhh .

*jujur masa mula2 dia bagitaw ikan jenahak tu , aku pun taktaw rupa dia macam manaa . HAHAHAH

Bahan bahan:
3 keping ikan jenahak
7 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
Santan secukupnya
1 asam keping
Garam

Cara cara:
Kisar semua bahan dengan sedikit santan. Masak dengan api perlahan sehingga hampir mendidih, masukkan ikan.

Masak sambil terus dikacau supaya tidak pecah minyak. Masukkan asam keping dan garam secukupnya.

Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih panas panas.  

senangg gilaa kannn ??? taraaa , nindiaaaaa rupaa ikann tuuuuuuu ...........





resipi ni diambil daripada dapur kak azie*klik sini kalau nak usha , sory ye kak ambik resipi ni , sharing is caring kann kan ? hehe

byee .


Pulau paling cantik di Malaysia ~

Hai Assalamualaikum , walaweyhh , tajuk simple ja kann . Aku kalau bercuti , seriosly cakap nak tempat yang pantai2 ni . Bestt tu takyah cakap lahh , mestilahh bestt gilaaa ! Walaupunn aku tak reti berenangg , tapi bila dapat main air tu , memang takkmaww keluaq dah selagi takk biru mulut tu .

Aku engat lagi , part paling lawak masa aku p kem kat nur lembah lenggong duluu , yang komander tu suruh buad water confident , dah elok pakai jaket keselamatan , dia suruh setiap kumpulan masuk dalam kolam ikan . Group aku second last , masa mula2 nak masukk tu , kemain seronokk gelak2 walaupun air ikan tu busuk , masuk2 , pijak2 tangga ketigaa , aku jadi gelabah , cuak , takot semua ada , sebab aku cari tangga lepas tu dah takdakk , komander tu punya lah suruh aku apungkan badan , aku dengan muka cuak takleh blah gilaa cakap 'sayaa takot , takot , takmaww ' , tapi kena paksa jgakk , tapi aku takbuad sebab takot sedangkan orang lain semua pass . Maluu gila time tu memang takleh kata apa dah , rasa macam nak sorok muka dalam baju ja . balik2 dari kem kawan2 aku siap gelakk , depa kata ' kalau ada fon tem tu , dah lama rakam ' Kuajaqqq haha *dah melalut sampai mana ni aku pun tataw . haha
.
.
.
.
.
.
oke berbalik kepada ayat topik tadi*dah macam deduksi pulak ( sapa belajar bm taw la :p ) , pulau yang paling cantikk yang aku nak p kalau bercuti ialah pulau ... tenggtenggg~

yang pertama ,

PULAU PERHENTIAN 




Pulau Perhentian yang juga terletak di Terengganu antara pulau yang popular di kalangan pelancong tempatan dan luar negara. Pulau ini sering menjadi tumpuan penyu hijau dan Hawksbill untuk bertelur.


yang kedua, 

PULAU REDANG



Pulau Redang adalah pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia. Pulau yang terletak di Terengganu ini mempunyai sejarah tersendiri semasa Perang Dunia kedua di mana dua buah bangkai kapal iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse ditenggelamkan di perairan pulau ini.

dan yang ketiga, 

PULAU PANGKOR




Pulau Pangkor dengan kombinasi perkampungan nelayan yang mempesonakan serta penginapan yang mewah merupakan destinasi percutian yang mengagumkan dan mudah dikunjungi. Pulau Pangkor memberi pelawat peluang untuk menginap di tempat penginapan berhampiran dengan perkampungan nelayan bagi membolehkan mereka memerhatikan cara hidup para nelayan sambil menikmati keindahan pantai atau memilih kemudahan penginapan yang tersedia di situ.
Penduduk di sini tinggal di beberapa perkampungan nelayan yang bertaburan di sebelah Timur pulau ini yang bertentangan dengan pekan Lumut dan Teluk Batik. Pelawat juga berpeluang melihat perkampungan ini sewaktu perjalanan feri dari Lumut yang mengambil masa selama 40 minit kerana feri ini singgah di kawasan penempatan utama iaitu Sungai Pinang Kecil dan Sungai Pinang Besar sebelum berhenti di pekan Pulau Pangkor.
.
.
.
.
.tiap2 tahun mesti kami akan pergi bercuti , sebab hobi ayah aku melancong . memang kena sangat lahh , bilaa kami ajak p mana2 jaa , dia mesti on ~ last tahun lepas ajak p ganu n kelantan teruss abah onn jaa . 

tahun ni nak bercuti kat mana pulakk ehh ? Ngeeeeeeee ~ Lumut punn oke jugakk . ada Teluk batikk ;D